Ahad, 24 Julai 2016
Kawan-kawan Di KMPP ? Best !
okay , tetiba rasa nak tulis blog . rindu pulak rasanya . HAHAHA . Aku nak cerita perjalanan aku kat matrik je sebenarnya , hampir 2bulan kat sini . Tapi masalahnya aku taktau nak start dari mana . HAHA
Aku cerita pasal Roomates aku dulu lahh eh .
Roomates aku semua best-best . Alhamdulillah . Masing2 ada kelebihan , diorang ada kelebihan tersendri , sentiasa share ilmu , tak kedekut ilmu . Yang pandai ajar yg lemah (aku lah yg lemah tu) . Tapi kalau aku tak sempat nak gunakan otak untuk berfikir , aku copy dari roomates . hahahahhahahahha . tapi part paling best , bila waktu solat , kitorg solat berjemaah . best ! Aku ni kat rumah solat sendiri je , bila kat KMPP rasa teruja semacam bila solat berjemaah . hahahhaha . Yang paling buat kitorang rasa "kembang" , setiap kali orang lain masuk bilik kitorg , dorang akan cakap , "Weh , style gilaaaaaa bilik ni . Perghh " Hahahahahahahahahaha .
Bila aku dengar ada orang complain pasal roomates diorg , dalam hati ni bersyukur sangat roomates aku semua best best . T_T Alhamdulillah , bersyukur tak terhingga . sayang gila dgn roomates aku semua . cewahhh . hahahahahahaa , serius dohh , aku sayang diorg . tak tipu niii . huhuhuhu . Kepada roomates aku , Syira , Zureen , Fatin .. Kalau korang baca blog ni , ketahuilah bahawa aku sayang korang . And , setiap kali korang mandi , sebenarnya aku yg ketuk pintu bilik air tu . HAHAHAHAHAHAHHA . Tapi rasanya korang tak baca kot blog ni . korang bukan tahu pun aku ada blog . HAHAHAHAHA . Jahat gilaa aku ni ...........
Praktikum K2P02 . Okay , korang memang best ! especially Ain Zulita ! kau memang best gila . mungkin sebab kau banyak persamaan ngn aku , yg buat aku rasa sakit perut gelak bila dduk dgn kau . kuat makan dalam lab , assignment buat tak buat je . kepala sesama masuk air . hahahhhahahah . eh , best gila dohhh masuk air dgn kau . hahahahhaha . Yang lain pun best jugak . kuat membahan satu sama lain . hahahahh .
Afiqa Fitria , ni bukan practicumate , bukan roomate . Dia bestfriend aku selamanya . uhuks .
Aku suka bawak dia datang bilik . Roomates aku , roomate dia jugak . Kawan aku , kawan dia jugak . huahuhauhua .
One day tu , wallet dia hilang . okay , aku pun turut blank bila wallet dia hilang . cuma aku acah acah tenang je . (Aku mmg suka buat muka relax even hati aku tengah bergelora) huhuhuhuh . part paling aku tak tahan , bila dia nangis teresak-esak . ciskek . air mata aku pulak nak keluar . nasib baik aku pandai tahan. kah kah kah .
okay kepada Afiqa , jangan sedih sedih . aku ni nampak je macam biasa kat luaran , tapi dalam hati ni sakit sebenarnya bila ko sedih ke stress ke . kau kena tahu , "cubit peha kiri , satu badan aku terasa" . Nampak tak peribahasa ciptaan aku .
Harapan aku kat Afiqa yg tak berapa nak waras ni (jahatnya aku) , cuma satu je . Semoga kau jumpa KEJAYAAN yg sebenar-benarnya . Aku tak mampu nak cakap , sebab pemikiran kau dgn aku lain gila . lagipun , siapalahhhhh aku ni nak bersuara tntang perkara-perkara mcm ni . diri aku sendiri pun tak betul . huhuhuhuuhu ,Yang aku mampu , doakan kau setiap masa. Semoga kau jumpa JALAN ! ^^
Sabtu, 28 Mei 2016
Am I Ready ?
Lebih kurang seminggu , aku akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).
Mungkin orang kata ''alaaa, dekat je.. buat apa dekat2 bukan best'' . Tatkala cikgu-cikgu mempersoalkan kenapa aku tolak tawaran UPU , sedangkan course yg aku dapat tu cuma ada kat 1 tempat je in Malaysia niii . Course tu pulak course yg peluang pekerjaan sangat cerah .. Fuhhh , kalau aku nak jawab sebab2 aku pilih KMPP , confirm panjang lebar aku nak bercerita kat cikgu . so aku cuma jawab "nanti saya rindu mak" . hahahaahhahahahahahahahahah
Aku bukanlah anak orang kaya . Kalau aku pilih diploma , itu bermakna aku berhutang dengan PTPTN . Belum lagi kalau sambung Ijazah . aku taknak terbeban dengan apa2 hutang . tu belum lagi kalau aku pergi tempat jauh . tambang pergi balik . kos sara hidup, harga yg makin meningkat . fuuuhhhh . taknak taknak . lagipun , kalau aku terima tawaran UPU , mungkin hidup aku terlalu bebas kat sana .. Ya laa , takda peraturan yg ketat mcm matrik .. Takut tauu kalau hidup bebas ni . Macam-macam boleh jadi kalau hidup terlalu bebas , ikut kawan lahh . tambah pulak berjauhan dari Parents . Pikir aku tak takut ke ? huhuhuhuu
Matrik . KMPP . kenapa aku pilih ? Sebab matrik ni , belajar macam U , tapi dikawal macam pelajar . So aku harap aku boleh survive kat sana . Lagipun dekat dengan rumah . So senang sikit mak dgn abah nak datang . Walaupun dekat dgn rumah aku , tapi nak keluar rumah tu , rasa peritnyaaaaaaaaaa . huhuhuhuu . Kenapa pilih dekat dengan rumah ? Beb , aku bukan orang kaya . Harga minyak naik tau . jangan lupa . kesian mak abahh nak hantar kalau jauh , hahahahahhaha .
Risau pulak kalau aku sakit nanti macam mana ? :'( risaunyaaaaaa . Siapa nak urut badan aku . Siapa nak bagi aku rasa nyaman ? haaaaa , takutnyaaa .
Teringat pula , dulu masa kecik-kecik , akulah yg selalu sakit . setiap bulan mesti sakit . Ada kala , dua bulan sekali mesti sakit . Muka aku ni lah yg selalu keluar masuk hospital . Hospital Putrajaya , Hospital Sultanah Aminah . Muka ni jugaklahh yg selalu keluar masuk klinik . Sampai satu masa , mak abah ikhtiar guna cara kampung . Macam2 aku makan.. Perit tak terkata . Tapi ikhtiar guna cara kampung okay lagi , berbanding cara moden . Pernah abah bg aku makan satu ubat ni . kecik je botol tu , kecik sangat . Mahal pulak tuh !
Bila aku sakit , mak lah yg selalu jaga aku . Malam2 aku tak tidur kat bilik kalau sakit , aku tidur kat ruang tamu . Mak yg setia ada tepi aku :') aku tidur atas kusyen , mak tidur kat lantai . Pastu mak bukannya tidur sangat . Sepanjang malam mak berjaga demi aku . picit aku bagi aku selesa . aku muntah , semua tu mak yg urus . Akulah anak yg paling banyak menyusahkan mak dulu . huhuhuhu , maafkan kakak maaa.
Aku akan cuba penuhkan semua impian mak . Sebab terlalu banyak pengorbanan mak untuk aku . Mak sanggup berjauhan dengan keluarga mak , demi anak-anak kat sini . Tak dapat nak balas segala jasa mak !
(sebelum SPM , aku asyik kata nak kahwin awal . actually , itu bukanlah apa yg aku nak . aku kata mcm tu sbagai gurauan sebab malas nak jawab bila orang tanya "Lepasni smbung mana?" So aku pun jawab "lepas SPM ni Kahwen" hahahahahahahahahhahahaha . Goals aku yg sebenarnyaaaa - Tunaikan impian mak , baru aku kawen . selagi tak dapat realisasikan impian mak , impian aku , selagi itulah aku takkan fikir benda yg tak sepatutnya budak2 mcm aku fikir )
aku memang tak boleh berpisah dengan mak . Mak segalanya !
mak memang teringin nak tngok aku masuk asrama sejak habis UPSR , tapi aku taknak . Mak pun risau nak lepaskan aku , takut aku sakit lagi . Alhamdulillah , makin besar , aku kurang sakit dahh . kalau sakit pun sebab faktor cuaca dgn habuk ! and kalau sakit pun , sakit yg biasa dihadapi oleh semua pompuan . uhuks .
Dulu berangan nak sambung belajar jauh-jauh .Kerja jauh-jauh . Tapi sekarang ? Pergi sambung ke matrik yg dekat dengan rumah pun taknak ! hahahaha
Lepas ni sambung matrik , harap2 sakit tak teruk sangat :') fuhhhh . Nak kemas barang pun rasa , malas , takda mood .
Bismillah , semoga segala urusan pada 7Jun2016 nanti dipermudakan Allah . KMPP , I'm coming :')
Rabu, 16 Mac 2016
Take care ladies !
" i just copy from group oke . Just untk perkongsian :) "
-----------------------------------------
Apa yang saya nak cerita ni korang amek sebagai ibrah ya. Terutama sekali kaum hawa.
Sebelum saya nak cerita ni ,saya dah minta izin dengan sahabat saya ,sahabat satu sekolah dekat kuantan dulu .Siapa dia ,belajar U mana ,Kos apa. Takperlu saya ceritakan.
Okay ,apa yang saya nak ceritakan .Dua hari yang lalu saya dapat wasap dari sahabat saya .
" esha ,saya dah rosak "
Saya masih tak faham. Lalu saya tanya dia ringkas.
"Rosak apa ?"
Dia jawab
"Si fulan dah rosakkan saya. Dia kata nak bawak saya jumpa mak ayah dia .tapi dia bawak saya pergi tempat lain .dia tipu saya. Saya benci dia. Saya takkan maafkan dia .Dia binatang bukan manusia ."
Allah Allah ,lepas saya baca apa yang yang dihantar.
Saya rasa macam takpercaya mende ni terjadi pada sahabat saya .
Saya rasa macam kene hempap ke batu.
Saya rasa macam nak saja pergi peluk dia ,tenangkan dia .
Dalam tak sedar air mata saya turun dengan laju.
Saya tanya dia lagi .
"Si fulan yang awak pernah cerita dulu ? Yang duk teganu tu ?"
Lalu dia balas
"Haah ,dia lah. Saya ingat dia nak bawak saya jumpa mak ayah dia. Saya mana lah tahu bab jalan jalan ni .Esha bila awak nak balik kuantan. Saya nak jumpa awak. Saya nak peluk awak. Saya perlukan awak "
"Esha ,dia dah tinggalkan saya ,dia langsung tak minta maaf masa dia anta saya balik U,dia dah block saya dekat semua akaun. Dia binatang.saya takpernah minta bende ni jadi. Saya tak redha. Saya tak rela . "
Lagi sekali air mata ni mengalir ,sebab sahabat saya pernah cakap yang si fulan tu pernah belajar pondok dulu.
Sedih dengan keadaan ummah sekarang.
Tenat.
Tenat .
Zaman fitnah dajal.
Kita dipenhujung akhir zaman sekarang .Allah.
Tadi saya wasap dia
"Habibaty ,awak okay tak sekarang ?"
Dia cakap
"Tak ,saya rasa macam nak gila .nak mati ,nak bunuh diri .saya tak masuk kelas sekarang. Saya stress. Saya takut .saya nak dia bertanggungjawab .saya takut nak bagitahu mak saya ."
Pesan saya pada dia
" perbanyakkan bersabar ,istighfar ,perbanyakkan solat taubat ,solat sunat ,dan jangan tinggal Al quran. Banyakkan ingat Allah. Jangan lupa berzikir. Kalau awak nak tenang .Baca Al Quran. Muhasabah diri balik "
YaAllah ,andai saja saya ditempat dia.
Andai saja perkara ni terjadi pada saya
(Mintak dijauhkan yaAllah )
Sudah tentu saya pun takmampu sabar
Takmampu untuk bertenang ,
Cuma tu saja yang mampu saya pesan .
Pesan saya pada awak muslimah yang lain .
Lagi lagi awak yang berjauhan dengan mak ayah.
Yang belajar mana mana u .
Kalau boleh ,elakkan berkapel sebelum nikah .
Tak kiralah kapel islamik ke ,moden ke .
Jangan dating
Jangan keluar dengan mana mana lelaki ,tak kiralah dia tunang awak ke ,crush ke ,dia Al Hafiz wa Alim sekalipun.
Tak kiralah dia punya Master ke ,hamster ke ,pHD ke .
Jangan ...
Sebab iman ni senipis kulit bawang .
Bila bila ja boleh kalah dengan nafsu jika yang takmampu nak jaga iman.
Tolong jaga maruah kita sebagai seorang wanita ,perempuan ,muslimah.
Jaga untuk yang selayaknya .
Jangan mudah terpedaya dengan kata kata manis lelaki tahap diabetes.
Jika betul dia nak jadikan awak isteri dia .
Mak kepada anak anak dia.
Menantu kepada mak dia
Dia akan datang jumpa mak ayah awak dengan secara terhormat.
Beradab.
Bukan main amek dekat U tanpa pengetahuan mak ayah.
Jika dia ikhlas dan sungguh sungguh nak jadikan awak isteri dia.
Dia takkan sentuh awak sebelum nikah hatta hati awak sekalipun.
Hat mana duk kapel kapel islamik moden tradisional ni ,berhati hati lah dengan pasangan korang.
Tak semua lelaki macam ni .
Cuma saya nak peringatkan dan berhati hati ja :) .
Jangan mudah hanyut dan termakan dengan pujuk rayu kekasih awak sampai awak pun cepat layu.
Cair bagai aiskrim .
Jangan bila dah jadi baru nak menyesal. Baru nak benci itu dan ini.
Peringatan untuk diri sendiri jugak.
Sekian.
copy ..
Rabu, 27 Mei 2015
Luahan seorang mukmin .
Maybe apa yang nak disampaikan nii adalah luahan hati seorang hamba yang aku sendiri tak kenal . Huhuhu . Tapi takpalaaa , aku copy paste je dari group Whatsapp . Sebab ayat dia memang ohsemm laa bagi aku .
Read thisss ... :: ↓
Telah sampai zaman yang Nabi sangat khuatirkan. Zaman yang saya dan kamu sedang alami sekarang ini.
Tanda kiamat yang dizahirkan kepada kita bukan lagi tanda "kecil". Setiap hari jantung ini bagai direntap-rentap kuat hanya mampu terlopong ternganga melihat situasi yang saya tak mampu buat apa-apa kecuali menulis di internet dan bercakap tentang ia di ceramah-ceramah atau sesama kawan yang mana ianya tak dapat mengubah apa-apa.
Bila ada apa-apa isu "tanda besar kiamat" muncul misalnya seperti "mufti keluarkan kenyataan bodoh" atau "wanita bertudung zina di tempat awam di siang hari", maka orang ramai tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya maki hamun di portal berita tersebut yang mana mereka tahu langsung tak dapat mengubah apa-apa.
Seperti beberapa makhluk spesis aneh yang membakar stadium sendiri kerana tidak dapat terima kekalahan pasukan negeri sendiri yang mana mereka tahu, sekiranya stadium tu runtuh lagi dan hangus tinggal abu sekalipun, keputusannya tetap sama iaitu mereka KALAH.
Kita dikejutkan kenyataan-kenyataan pelik dari "ulama moden" (sebab ulama tradisional yang mengikut manhaj ahli sunnah dan disiplin ilmu yang sah tidak akan sama sekali mengeluarkan kenyataan tidak cerdik, tidak profesional, tidak sekolah) yang mana mereka sibukkan diri dengan menghasut umat Islam untuk bergaduh sesama sendiri dalam perkara-perkara khilaf (berbeza pendapat di kalangan ulama) dan bukannya menyelesaikan masalah umat yang sedang melanda.
Mereka ini kata guru saya adalah "shor machane wala" iaitu tukang sorak penagih publisiti murahan yang memakai title-title hebat seperti "maulana", "doktor", "pakar hadith" dan lain-lain title untuk menipu masyarakat.
Ini adalah tanda kiamat yang digambarkan oleh nabi bahawa Allah mengangkat ilmu dengan cara mematikan para ulama. Akhirnya orang bodoh akan diangkat jadi mufti dan ia akan memberi fatwa tanpa ilmu. Ia sesat lagi menyesatkan. Hadith ini jelas sahih dan lebih jelas kebenarannya bila ia berlaku di depan mata.
Belum lagi buka cerita tentang orang yang langsung tak ada autoriti dalam agama boleh keluarkan fatwa pelik-pelik dan siap ada buku sendiri sedangkan individu itu hanyalah tukang jam, pilot, cikgu Geografi dan entah dari celah mana lagi diorang datang.
Tak lama lagi, pengemis tepi jalan pun akan ada buku Tauhid tulisan sendiri dan dalam buku tu, semua ulama sawadhul 'azhom (majoriti ulama) dikafirkan.
Kes zina juga semakin hebat. Dulu masa saya kecik-kecik, Malaysia jadi gempar sampai masuk berita TV bila ada pramugara beragama Islam, berbangsa Melayu merakam aksi mengawan mereka dalam video dan dijual.
Waktu itu kecoh satu Malaysia sebab ianya betul-betul mengejutkan. Bagaimana mungkin mereka boleh rakam aksi zina? Zina itu dah salah dan memalukan. Tapi boleh pulak rakam, dan lebih pelik, dijual VCD nya.
Tapi sejak daripada hari itu, maka semakin hari semakin banyak video-video lucah dilakukan oleh umat Islam. Yang lebih menyedihkan, ramai dikalangan mereka adalah bertudung. Kalau pelacur seksi yang beraksi, ia masih boleh diterima akal sebab sejak zaman nabi lagi ia berlaku. Tapi muslimah, berhijab, berzina dan berbangga.
Sungguh ia sesuatu yang menghiris hati ini, apatah lagi hati Rasulullah yang telah tumpahkan darah dan air mata baginda untuk lihat umat ini menjadi muslim muslimah sejati.
Apa yang dikhabarkan kepada saya, kebanyakan pelakon porno Melayu bertudung ni adalah budak-budak universiti, kolej, ipt, ipta. Akal mereka hanya pada kertas, bukan pada otak. Maklumlah, masuk U pun guna duit riba ptptn, kemudian langgar syariat sebab bersafar jauh dari mahram (bagi wanita) sedangkan ia diharamkan Allah dan Rasul dengan dalil yang tersangat jelas. Maka natijahnya, ramai dikalangan mereka akhirnya menjadi lebih hina dari pelacur kerana sekurang-kurangnya pelacur dibayar ketika disentuh. Tapi budak-budak murahan ni disentuh dan mengawan tanpa bayaran apa-apa. Pelacur sekurang-kurangnya mereka malu dan buat kerja senyap-senyap. Budak-budak ni pulak mengawan sambil merakam dan sebarkan.
Sejak daripada itulah saya sangat anti pada riba dan sistem pendidikan Dajjal.
Dulu sebelum kahwin, saya sangat risau, siapa calon saya. Semua pun tak boleh percaya. Semua pun dah pernah berzina, dah takde dara. Kalau ada dara sekalipun, dah pernah "ringan-ringan". Purdah ke, tudung labuh ke, usrah ke, seksi ke, tudung bawal ke, semua sama. Tidak dinafikan tudung labuh dan purdah adalah pakaian wanita solehah, tapi hari ini, yang munafik pun ramai sarung kain tu kat badan mereka sebab dah jadi trend. Maklumlah, kalau pakai purdah, letak gambar kat fb, beribu lelaki datang. Pastu buat status "saya tak layan lelaki ajnabi, tolong jaga ikhtilat". Dia punya bangang tahap apa pun saya tak tahu, Wahhabi pun kalah. Kalau nak jaga ikhtilat, yang pergi letak gambar tu dah kenapa? Kenapa hidang makanan tak bertutup kalau tak mau lalat hinggap. Kenapa letak gula tengah jalan kalau tak mahu semut makan.
Kita hilang harapan dengan perempuan seksi meksi. Kalau tak pakai tudung tu, jangan haraplah ada lelaki normal nak ambik jadi bini. Kalau jadi pemuas nafsu, ramai lelaki nak. Jadi sekarang ni, ramai beralih kepada wanita purdah. Dulu wanita purdah hanya ada dalam rumah. Hanya untuk lelaki soleh. Tapi sejak wujud fb, whatsapp dan lain-lain fitnah Dajjal ni, wanita purdah boleh diakses semudah ABC. Kadang tak payah carik pun, mereka yang carik kita.
Jadi kalau dulu pelakon porno hanya wanita seksi, kemudian kita saksikan pula wanita bertudung. Tak mustahil nanti akan muncul pulak video lucah made in Malaysia yang berpurdah pulak. Wal 'iyazubillahimin zaalik.
Baru-baru ni di AEON Manjung, kami singgah untuk setelkan baby dan solat. Kemudian minum kejap di food court. Masa minum tu. Bidadari saya ternampak ada sorang gadis berpurdah ungu duduk semeja dengan seorang lelaki yang nampak sangat muda remaja. Macam umur belasan tahun. Tangan mereka saling mengusap. Masing-masing rapat kepala tengok hp dan ketawa-ketawa. Nampak betul kegedikan perempuan tu. Dia yang asyik rapat-rapatkan badan. Di meja sebelah mereka pulak, ada 3 orang perempuan sebaya mereka, sedang duduk minum sambil bermain hp jugak.
Hati saya betul-betul tak tenang. Saya cakap pada isteri saya, nampak gaya macam belum kahwin. Sebab "gediknya" luar biasa. Selalunya suami isteri takde lah sakan meramas-ramas tangan depan khalayak ramai macam tu. Pastu saya tunjuk pada 3 orang perempuan sebelah meja mereka. Saya cakap tu mesti kawan-kawan perempuan purdah tu. Datang teman kawan diorang dating. Macam biasa, bila saya komen macam tu, tentu orang kata "sangka baiklah". Bidadari saya pun komen benda sama.
Oklah... Sangka baik.
Tapi akhirnya betul, memang perempuan purdah tu datang dengan 3 kawannya dan lelaki tu datang seorang. Lepas bye bye, mereka berpisah.
Kejadah apa ini?
Kecelakaan apakah ini?
Macam mana aku nak sangka baik?
Kalau bohsia buat perangai gini, hati ni tak sakit sangat, tapi tetap tak redha.
Tapi kalau dah berpurdah macam tu. Aduh... Kalau saya pun rasa macam kena sembelih.
Apatah lagi Rasulullah?
Air mata baginda akan berderai jatuh bila tengok benda ni.
Minggu lepas pun sama, selepas habis muktamar ulama sedunia di Putrajaya, malam tu saya ke Cyberjaya carik makan. Cyberjaya ni memang penuh dengan orang luar. Negro, arab, semua ada.
Saya stop kat kedai mamak. Sementara tunggu mamak buat air. Saya nampak kat hujung kedai tu ada couple tengah minum bersama. Tiba-tiba si perempuan tu gesel-gesel kat lelaki dan mereka bercumbu. What the jahannam???!!!
Khalayak ramai kot. Dan perempuan tu bertudung, pakai baju kurung warna krim. Budak limkokwing la kot. Mak ayah kat rumah bangun tahajud, mohon kat Allah kejayaan anak. Betina tu pulak mengawan kat Cyberjaya.
Saya geram gile, tapi iman lemah nak tegur. Akhirnya saya berdiri dekat dengan diorang dan tenung je. Akhirnya diorang perasan dan terus pergi. Perempuan tu buat muka selamba. Mesti dia kutuk saya waktu tu. Argh pakcik janggut mana lah potong stim ni.
Ini tanda kiamat. Kalau bukan tanda kiamat, bila lagi dunia nak kiamat???
"Bukan semua budak U macam tu". Saya dah bosan dengan alasan ni. Tak kan nak tunggu semua jadi macam tu baru nak setuju dengan hakikat gejala hilang kemaluan, hilang dara dan gejala mengawan ni semakin menjadi-jadi khususnya anak gadis yang jauh dari ibu bapa atas alasan "kerja" atau "belajar".
Sedangkan rasulullah dengan jelas telah mengharamkan wanita bermusafir tanpa mahram. Bahkan solat jamak qasar mereka tidak sah jika bersafar lebih 90km tanpa mahram. Ini bukan untuk mengongkong wanita, tapi Allah syariatkan perkara ni untuk tunjukkan muslimah itu MAHAL dan perlu dijaga umpama puteri raja. Bila keluar, sentiasa ada pengawal.
3 tahun saya solat hajat dan munajat supaya bakal isteri saya nanti tidak terlibat dengan semua ini walaupun hati kecil saya rasakan ia mustahil. Tapi saya yakin khazanah Allah tidak pernah bertepi.
"Barangsiapa yang takut pada Allah, maka Allah akan tunjukkan padanya jalan keluar (dari masalahnya)."
Tahun ketiga Allah kabulkan permintaan saya apabila Allah nikahkan saya dengan bidadari saya yang tidak pernah jejak kaki ke tadika, sekolah, kolej atau universiti. Semuanya diajar terus oleh ibu mertua saya yang dinamakan home-schooling.
Saya gembira bidadari saya jahil tentang dunia sampai telefon pun tak pandai guna. Sampai hari ini kami kongsi hp sebab beliau tak perlu hp, cuma sekarang dah ada dua hp sebab ada orang hadiahkan pada saya. Itu pun tak berapa guna. Walau jahil bab dunia, tapi beliau alim dalam agama. Sampai fiqh darah wanita pun saya rujuk pada beliau sebab beliau ada talaqqi ilmu agama dengan keluarganya di dalam rumah sendiri.
Orang Malaysia masih tidak dapat menerima kaedah ini dan masih anggap "kalau tak sekolah, maka bodohlah engkau". Sedangkan yang wajib itu "belajar ilmu" bukannya "bersekolah".
Sedangkan di negara luar, sudah ramai yang amalkan home-schooling khasnya di Amerika yang takut nak hantar anak mereka ke sekolah sebab asal pergi sekolah je, mesti jadi bohsia. Kalau berjaya dapat degree sekalipun, tapi dara dah tak ada. Dah berpuluh kali mengawan. Belum lagi isu buli, dadah, parti liar dan lain-lain fitnah Dajjal yang mereka pelajari secara TIDAK FORMAL di sekolah.
Saya bukan ikut Amerika, tapi Amerikalah yang ikut sistem Islam kerana home-schooling ini adalah sistem yang paling mendekati kaedah sunnah dalam mendidik anak-anak. Allah dah susun cantik dah, ayah keluar rumah cari nafkah, ibu pula tinggal di rumah untuk mendidik anak. Ini sunnah! Ini sistem Allah! Ini fitrah kita! Jangan kita langgar!
Tapi malang sejuta kali malang kita langgar sistem tu, ayah cari nafkah dan kemewahan, ibu pun kerja jugak sebab masing-masing takut pada kemiskinan. Akhirnya anak-anak kecil di hantar ke nursery. Kemudian kita saksikan video-video penyeksaan kanak-kanak di nursery yang boleh buatkan kita menangis.
Bila besar, diserah pada sekolah. Anak tak cukup kasih sayang ibu bapa sebab semua sibuk kerja. Akhirnya anak carik boyfriend untuk tagih kasih sayang. Si lelaki pulak, mereka ber couple bukan untuk berkasih sayang, tapi mereka ber couple semata-mata untuk mengawan. Bila si gadis dah sayang, maka mereka relakan atas nama cinta. Si lelaki pulak ketawakan kebodohan perempuan. Lepas puas, mereka tinggalkan dan cari perempuan bodoh lain pulak.
Lepas tu ngandung, baby pulak dibunuh, direjam, direndam sampai mati.
Bila beritahu pada ibu nak kahwin, ibu maki pulak. "gatal nak kahwin! Aku suruh belajar!"
Bila si lelaki tekad nak pinang anak orang untuk elak zina, keluarga perempuan pulak cakap: "aku jual anak aku ni dengan harga 30k, no money, no talk. No talk, no kahwin. Talk to your hand lah!".
Yang dah tua pun, masih lagi tak berakal. Bila anak diusung sana sini, mereka ok. Dengan bermodalkan RM10, anak mereka boleh mengawan dengan pasangan mereka tanpa pengetahuan mereka (ye lah, dah mengaji tempat jauh dari mahram). Tapi bila nak buat yang halal (kahwin), mereka letak RM30K.
Nak zina RM10, nak kahwin RM30K. Agak-agak apa mak bapak ni nak jawab depan Allah dan Rasul nanti? Kerana merekalah antara punca anak-anak jadi bohsia dan penzina.
Air mata ini tak dapat ditahan lagi!
Bila sistem Allah dilanggar, maka Allah biarkan kita bersama sistem Dajjal.
Orang kata zaman sekarang susah. Semua mahal. Laki bini kena kerja. GST lagi. Semua masalah "rezeki" yang telah ditetapkan Allah sebelum mereka lahir lagi menjadi isu besar bagi mereka di dunia.
Sedangkan agama datang untuk beri kita harapan dan ajar kita cara hidup sempurna.
Mula-mula nabi ajarkan kita tauhid dan sistem Allah. Di situ je kita failed dan anggap kerja, boss, perniagaanlah yang bagi rezeki pada kita, bukannya Allah.
Kemudian nabi ajarkan kita amalan-amalan yang mana dengan amalan ini, Allah mudahkan urusan dunia kita, murahkan rezeki kita. Kita pulak tak amal.
Akhirnya apa yang nabi ajar, kita tak buat. Bila rezeki sempit, kita mula langgar sistem Allah. Kita biar bini kita di tempat kerja bersama lelaki bukan mahram. Kita tiada rasa cemburu, kita biar mereka bertabarruj. Kita biar anak kita tanpa didikan. Kita biar anak kita diseksa di nursery.
Semua tu kononnya atas alasan "rezeki".
Sedangkan begitu ramai orang yang saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri dimana mereka hidup dalam ketakwaan, dalam sistem Allah, dengan tauhid yang betul, dengan amal yang betul.
Wallahi, Allah mudahkan urusan dunia mereka.
Saya sendiri yang bodoh, yang hina, yang munafik ni pun belajar-belajar nak jadi macam mereka dan amal sedikit-sedikit apa yang orang-orang soleh ni amalkan pun saya dah dapat rasa keajaibannya. Saya dapat rasakan urusan dunia saya betul-betul dipermudahkan. Saya tak perlu cari rezeki, saya hanya perlu sibukkan diri dalam kerja agama, maka rezeki yang datang cari saya.
Semua orang tahu saya ini penganggur. Saya tiada majikan, tiada KWSP untuk dirisaukan, tiada ASB, tiada insuran pekerja dan entah apa kejadah lagi sistem itu ini yang mencengkam kita.
Kerja saya hanyalah mengajar kitab di masjid-masjid tanpa saya minta upahnya. Nafkah saya dan keluarga Allah selesaikan melalui perniagaan susu kambing saya yang saya jual pun secara online. Tiada kedai, tiada sewa, tiada bil air api.
Tapi hidup kami bahagia, tiada hutang ptptn, kereta beli cash baq hang, tiada hutang rumah sebab duduk di rumah warisan mak ayah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Nak kata kaya, tak jugak. Dalam akaun bank ada tak sampai RM100.
Tapi segalanya serba cukup, bila nak sesuatu yang diperlukan, terus Allah akan buka jalan yang halal untuk kami dapat benda tu, bidadari saya pun tak perlu keluar rumah untuk saya buat pameran dan berkomunikasi dengan lelaki ajnabi atas nama "rezeki". Anak dah dua dan dua-dua sihat tanpa vaksin, tanpa pernah ke hospital dan lahir tanpa perlu bidadari saya tunjukkan auratnya kepada doktor lelaki halal atas nama "darurat".
Adakah kami berada di planet lain?
Orang kata, alaaa kau tu semata-mata bertuah je... Bukan semua orang boleh jadi macam tu.... Hidup kami tak macam hidup kau.... Hidup kami penuh ujian, hidup kau indah belaka.
Aduhai, setiap manusia ada ujiannya. Mana ada manusia yang senang lenang tanpa ujian. Masalahnya kalian cuma tahu yang indah tentang saya tapi tak tahu apa susah payah yang menimpa saya.
Kereta pun dapat pakai lepas setahun saya di Malaysia keluar ceramah dan dakwah naik bas je. Saya balik Malaysia bulan 3 tahun lepas, bulan 4 tahun ni baru dapat merasa naik kenderaan sendiri tanpa riba.
Bukan nak bangga dengan amalan, sesungguhnya saya ini munafik tegar. Kutuklah sesuka hati kamu kepada diri saya, kerana saya hanya akan senyum dan iyakan kutukan kalian. Sebab ia sememangnya layak untuk saya.
Tapi apa yang saya nak bagitahu, kalau munafik tegar macam saya ni pun, bila diberi taufiq dan hidayah oleh Allah untuk berada istiqamah dalam sistemnya dan tidak melanggar fitrahNya pun Allah dah tunjukkan nusrah (bantuan) Nya.
Maka apa pendapat kalian jika kalian yang acah acah super suci muci mulus takde dosa ni pulak yang amalkan agama mengikut acuan Rasulullah tanpa melanggar fitrah dan sistem yang Allah telah tetapkan pada kalian?
Tentulah lagi banyak bantuan Allah akan jatuh berkepuk kepuk pada kalian kan?
Selesai bab rezeki weih.
Jauhi riba, sokong home-schooling. Kalau gila nak amek SPM sebab takut nanti nak makan apa kalau takde kertas bergulung (ijazah, diploma dll), jangan risau, belajar dirumah, elakkan masalah sosial, pastu daftarlah jadi calon SPM.
Semua boleh setel.
Aduh, dah kebas jari aku. Saya tulis status ni pakai hp dan kalau bukan kerana dah kebas, saya akan terus menulis sampai hati saya lega sebab dah luahkan segalanya.
Tapi 1% pun belum habis dari apa yang saya nak luahkan.
Saya merayu, marilah kembali kepada Allah, kepada sunnah Nabi.
Kesian nabi, menangis untuk kita. Kita balas dengan maksiat. Yang lebih celaka, kita guna simbol dan nama agama untuk bermaksiat.
Ya nabi, hati ini merinduimu., tidak tertahan lagi hati ini merinduimu... Merinduimu...
Maafkan saya atas kekasaran bahasa, tapi otak ni dah macam nak meletup fikir masalah umat. Jadi saya nak luahkan sebanyak yang mungkin untuk meredakan stress urat otak ni.
Note: Tidak ada soalan yang akan dilayan. Khasnya tentang ptptn dan safar tanpa mahram bagi wanita. Kang kalau dilayan, jadi perdebatan sedangkan ianya jelas ada dalam kitab-kitab ulama 4 mazhab ahli sunnah wal jamaah. Korang nak ikut pendapat yang syaaz (aneh) itu masing-masing. Tapi sanad korang terputus dan nanti kat akhirat, panjang cerita nak kena jawab macam-macam dengan Allah. Kerana agama ini kita ambil hukumnya dari keputusan sawadhul 'azhom (majoriti ulama berpegang padanya) bukan pada keputusan syaaz (terasing).
Selasa, 24 Mac 2015
Physics and Islam
بسم الله الرحمن الراحيم
Physics and Islam .....
Seorang profesor yang Atheis berbicara dalam sebuah kelas fizik.
Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"
Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."
Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."
(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).
Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.
Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"
Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."
Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas.
Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut.
Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya.
Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"
Profesor: "Tentu saja ada!"
Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.
Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh.
Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna.
Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu.
Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya.
Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"
Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."
Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga.
Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya.
Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."
Profesor terpaku dan terdiam!
Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya..
Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita..
Itulah IMAN..
SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..
Isnin, 23 Mac 2015
Kejayaan Apa Yang Kita Cari Sebenarnya ?
Renungan bersama☺
Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...
Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."
Kata mereka....
Tapi...
Pada suatu Subuh...
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa...
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....
Selesai solat, semasa perjalanan pulang...
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?
Saya jelaskan....
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...
Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...
Saya katakan...
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....
Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai saudaraku...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?
*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....
Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."
Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...
Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"
sgt memberi keinsafan
Sebarknlah,xperlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.
Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri.
Ahad, 22 Mac 2015
" Iman Yang Luar Biasa "
Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat,
"siapakah yg paling luar biasa imannya?"
Para sahabat menjawab, "malaikat,ya Rasulullah."
Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi,ya Rasulullah."
Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka... "
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ