Chikotz !

Selasa, 28 Mei 2013

KEM PBSM Sempena Festival Belia Negara

Haaaaa ! Kem PBSM ni memang best ! Banyak kenangan dan pengajaran yang aku dapat . Hurrmmm , aku ni boleh hidup tanpa bergantung kawan rupanya . Aku boleh berdikari . ALHAMDULILLAH . Kat sana , aku dapat ramai kawan baru . Dari Kelantan , Johor , Penang , Perak , Selangor , KL , Sarawak , Vietnam . Ohyaa , orang luar negara pun ada join KEM niii . Nak tahuu , jumlah peserta negeri Pulau Pinang seramai 38 orang . 34 Cina , 3 India dan 1Melayu . Aku sorang jer yang Melayu .. Hahaha , dahsyatt kann ? -.-'

Mula2 aku nak cerita perjalanan selama KEM tu okayy . Hope korang tak bosan . Heeee :)


22 Mei 2013 . Bertolak ke Putrajaya pukul 3 lebih . Mula2 diorang kata bertolak 21Mei , tapi tukar tarikh pulakk . It's okayy :)  Sampai sana tak silap aku pukul 8 lebih .. Sampai sana , peserta dari Penang dengar taklimat sekejap . Ada negeri yang datang awal , ada juga yang datang lambat . Lepas dengar taklimat sekejap , kitorang pun dirikan khemah . Peserta dari sekolah aku 8 orang jerr . Kitorang bawa 2 khemah sekolah . 1 khemah 4orang . 




Lepas dirikan kemah , kitorang ada aktiviti malam . Peserta Penang lambat sikit join aktiviti tu . Maklumlah , sampai lambat . hahaha . Masa aktiviti tuu , kitorang kena buat kumpulan . 1 kumpulan 10 orang  . Sekolah aku 8 orang . Campur 1 bdk skolah lain dari penang jgak . dah 9 org . tinggal 1 lagii . haaaa , kitorang terjumpa perempua nii . nma dia Natasya . Dari KL . Umur dia 13 tahun . Form 1. Perangai ?? Takper2 , ALLAH jer yang tahu . Aku keluarkan kamera sebab nk tgk kamera aku jerrr , then tiba2 dia posing . Erkkk ? Apakah ?  hahaha , its okay laa. ambil jerrr ~~  (igtkan nk upload gmbar dia , tp tak save pulak dlm pendrive )

Lepas aktiviti malam , tidur . Hurmm , kitorang tidur lebih kurang pukul 1 then bangun pukul 3 pagi . Mandi ?  Tandas ?? Ehh , tolong lahh , taknak ingat lagi dahhh . Malu gilaaa . Nasib baik ada masjid .. huhuhuhu

Hari kedua , macam2 aktiviti, kitoarang dibahagi kepada 10 kumpulan . Tak silap aku seramai 1500 peserta kot yg join Kem nii . Ramai kannn . Aku ngan Su Qing kumpulan 2 . Alhamdulillah , kitorang sama kumpulan . hahahaha . Malam ada ceramah kat masjid . Lpas tuu , kitorang pergi Festival , kat sana ada ceramah dari 2org ustaz yg popular , 2 org Imam Muda yg hensem2 dan juga kumpulan Nasyid yang terkenal :)  Sedap jerr suara . Lagi2 penyanyi yang nyanyi lagu NUR KASIH ~  Then , balik kemah tidur ~

Hari seterusnya , aktiviti pagi dan petang tu macam biasalahh , latihan inilah itulah .. berjemur bawah matahari yg sejuk macam salji hingga kulit aku jadi macam zebra . Nice -.-'' Malam , kitorg pergi festival tu lagi . Buat apa ?? Ntah laaa , sesak jer kat situ .. Orang ternama datang , mestilah sesak bagai nak rak kann ? -.-'' Then ,, jalan2 sana sini . memang sakit kaki . Sakit yang teramat ! Penat . Sampai kemah , diorang trus tidur . Aku ? Solat dulu ,, then tidur ! Nyenyak gila . Tapi sayang , tidur sekejap jerrr . ~

Hari Keempat . kitorang kena buat demo pulakk kat festival tuuu . Kulit aku semakin dahsyattt . Tak tahan betul dduk bwh mataharii . OMG -.-'' Malam : haaaaa , dengar Perdana Menteri beri ucapan . Tapi tapi tapi , kenapa mesti babitkan politik ?? Oh , takpa2 . Belia negara kena memahami . Lepas PM beri ucapan , persembahan artis pulak .. Tapi kitorg x tgk pun artis2 buat prsmbahan . Kitorg jalan2 jerr.. Then balik kemah . TIDUR ! Penat gila ! 

Hari Terakhir : pertandingan simulasi . Alhamdulillah , kumpulan aku dapat tempat ketiga . wow ! Petang , BALIK ! 

Haaaaa , ada sesetengah yang aku tak ambil gmbar .. Nak upload ?? Ya mmang nak upload . tapi byk sgt . lagi pun internet slow macamm,, macam harimau .. Slow kann? Hahaha . Takperlahhh . bila2 kalau aku rajin , aku Upload kat FB jer lah . huhuhu :)


Isnin, 6 Mei 2013

Don't Give Up =')

Bismillahirrahmannirrahim .

Hadis : 

"Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa dan sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana kerosakan hubungan di kalangan umat Islam boleh membinasakan."


Dah baca Hadis tuuu ? Haaaa , menjadi seorang pendamai antara golongan yang bersengketa bukanlah senang seperti yang dijangkakan . Kadang2 kita terpaksa terima akibat dari apa yang kita lakukan . Memang niat kita baik , dan kadang2 niat yang baik itulah disalahertikan oleh manusia sekarang . 

Politik sekarang ni pun sibuk berbalah antara satu sama lain kann ? Dunia sekarang suka menunjuk aib orang lain . Pernah tak diorang fikir tentang aib diri sendiri di akhirat kelak ??  Kalau kita sibuk bercerita tentang keaiban orang lain di dunia , macam mana pula dengan keaiban kita di akhirat kelak ?? Haaa , ALLAH akan bongkar pula keaiban kita . Nak macam tuu ? Mest takknak kann ? so , jaga aib orang dan diri sendiri okayy ^^

Iza just nak cakap , walaupun niat kita baik , orang selalu pandang remeh . Dan kadang2 niat kita tu disalahertikan . Saat tu lah ALLAH nak uji kita . DIA nak tengok kita ni kuat ker tak . Adakah kita mampu  melakukan niat yang baik ? Haaa , jawapan tu ada dalam diri sendiri . Doa , Usaha , Istiqamah , Tawakal . Jangan mudah putus asa . ALLAH sentiasa dengan HambaNYA .  

Assalamualaikum ...


Sabtu, 4 Mei 2013

Yakin Pada ALLAH S.W.T

Pd zaman Rasulullah saw, seorang sahabiyah r.aha telah mendapat berita bahawa anaknya telah meninggal dunia. Lantas sahabiyah r.aha itu terus pergi kepada anaknya, dan mengerjakan 2 rakaat solat sunat di sisi jenazah anaknya, kemudian beliau berdoa kepada Allah swt, supaya menghidupkan semula anaknya.

Mulutnya berdoa kepada Allah, dan hatinya meYAKINi 100% bahawa Allah swt Maha Menghidupkan, Maha Mematikan, dan HANYA Allah sahaja dpt menyelesaikan masalahnya.

Dengan izin Allah, selesai sahabiyah r.aha tadi bersolat, anak yg telah mati tadi telah hidup kembali. Dan dikatakan anak itu masih hidup sehingga ke zaman khulafa' ar-rasyidin.
~~
Moralnya:

Marilah sama-sama kita usahakan agar sewaktu kita berdoa, bukan sahaja mulut yang meminta kpd Allah, tetapi hati juga turut meyakini 100% HANYA kpd Allah.

Jika iman kita sempurna sewaktu berdoa, saksikanlah bahawa pertolongan Allah akan datang mencurah-curah kepada kita & Allah swt yang Maha Kuasa akan selesaikan masalah kita.