Chikotz !

Jumaat, 19 September 2014

Waktu dilarang Mandi ..

3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan ::

A). 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B). Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C). Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam
kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat
menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada
hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu
kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari
kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam
kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan
segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika
menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan
munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan
perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana,

Dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok
je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula
kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
۞ Teruskan membaca AL-QURAN dan
mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

♡selamat beramal  ♡

Selasa, 29 Julai 2014

Beraya dengan Afiqa ^_^

Assalamualaikum .

Haaa , hari ni raya kedua . Memandangkan mak masak laksa , mak pun suruh la aku panggil Afiqa . Masa dia kat rumah aku , aku kata la kat abah yg Afiqa ni menantu la apa lahh . Hahaha . Bestnyaaaa kacau pika . Dan , Afiqa menamakan kucing yg selalu masuk rumah aku tu Luffy . Ermmm , pika pika , nama hebat sungguh . Aku pun xbterfikir nk bg nama . Lepastu , aku pulak lepak rumah dia . Entah kenapa , bagi aku besttt gila lepak bilik pika tuuu . Rasa nak tidur jaaaa kat situ :3  Lepastu , makcik2 dia datang beraya . Ermm , tak sangka dapat duit raya . K , rezeki mmg byk kat rumah pika nii . Hahaha . Paling aku tak sangka kan , bila aku ajak betselfie , dia pun setuju ? Whatt ?? Hahahaha , seriously tak sangkaaa ! The best is , masa aku berebut fon dengan pika masa tengah makan . Hahahahaha . Tak pelik la kenapa dia rembat fon aku . Sebab dia nak delete gambar yg aku ambil senyap2 . Hahahahaha . Pika pika . Then masa tengah tengok TV , ayah aku pulak puji lesung pipit Pika . Comel , lawa  & susah nak jumpa katanya . Hahaha . Sweetnyaaa xD
Sayang BFF , Afiqa Fitria Adlan Choong .

Sekian sahaja . Assalamualaikumm ♡

Khamis, 24 Julai 2014

Crazy Day ♡

Assalamualaikum . Haaa , lama tak update blog :3 . So , now I want to share my story . Hohoho

Crazy Day ? Ohyeahh , itu kisah semalam . Ingatkan nak update blog semalam , tapi tak larat . So hari ni ja la aku update . Siapa sangka semakin lama perkenalan , semakin gila kami semua . Nasuha , Khaliesah , Husna , Afiqa dan Izani . Bermula dari mimpi Afiqa yg merapu tu , kini kami semua ejek Nasuha dengan Encik Nasuha .  ENCIK NASUHA ? Nama baru untuk husband Suha la tuu . Hahahaha , macam manalah Afiqa boleh mimpi mcm tu xD .

Pagi-pagi , lepas habis waktu koko/bacaan Al-Quran , kami semua naik ke makmal Bio . Masa nak naik tuu , ermm , idea jahat mula menguasai minda aku . Tarik beg Nasuha , then letak kat kelas 5A . Lepas tu , ambil pula kalkulator Nasuha bg kat firdzuan . Actually, mula-mula aku bagi Alap . Tapi Alap ragu-ragu jaa . -,-" Aku pun bagilah kat Firdzuan . Suka tengok Nasuha menggelabah mcm tuu . Sepanjang waktu Bio kami semua kacau dia . But , bila keluar makmal ja , Afiqa bgtau perkara sebenar kat Nasuha . Pika pika -.-"

Rehat -  Haaa , waktu rehat lah yang paling memenatkan . Ada ka patut kami berlari-lari dari tingkat atas hingga ke tapak perhimpunan . Time puasa pulak tuu . T_T  Kelly ambil kotak pensel Husna , then bg kat Nano . Yg lawaknya , aku campak kotak pnsel tu jauh , tapi bila pusing balik , nmpk kotak pensel husna ada kt tgh meja . Acehh , Nano selamatkan kotak pensel Husna . hahahaha . Aku ambil kalkulator letak kt meja Idham . Kesimpulannya , aku & Kelly satu geng . Hahaha . Yang memenatkan , Nasuha , Kelly , aku dok main kejar-kejar pulak . Hmm , terserlah kematangan yg agak tipis di situ :3

Dalam makmal kimia pulak , hmm , Afiqa menjadi mangsa . Dia digelarkan pembelot . Adik beradik dgn Kwang Soo . Hahaha . Kesian Pikaa . XD Tak cukup dengan tu , aku pulak rebut tempat dgn dia . Dia nk dduk hujung , aku pun sama   Last2 , dua-dua tak dapat sebab ustazah dgn SS yg dduk situ -.-"

Lepas rehat , hmm , punyalah mencari-cari kat mana kalkulator Kelly . Mati-mati aku ngn Kelly ingat ada kat kelas 5L . Padahal ada dalam kelas sendiri . -.-" Yang paling lawak , bila satu kelas 5L tu bertungkus-lumus cari kalkulator Kelly . Hahahaha . Yang tu mmg kelakar . Punya bersungguh-sungguh mencari kalkulator demi Kelly .

Balik sekolah pulak , tak sangka ramai yg sakit perut termasuk aku . -.-" Sedih memang sedih . Nasib baik Idham memahami situasi aku , so dia pun balik ngn aku naik motor T_T  . 
The sweet moments for Kelly is , dia dapat kad raya . Hahahahaha .

K , sekian saja cerita NKHA ^_^  ( malas nak taip :3  )  .

Sabtu, 3 Mei 2014

Jagalah Kesihatan Akal :')

Assalamualaikumm ~
Haaa , meh sini nak share something dengan anda semua .. 


AMALAN ELAK LEMAH AKAL :
  • Elakkan diri daripada tidur antara waktu asar hingga maghrib kerana ditakuti mewarisi penyakit lupa atau gila .
  • Elakkan diri daripada tidur selepas subuh kerana ditakuti mewarisi kepapaan (menderita) ; sekurang-kurangkan papa ilmu (miskin dengan ilmu)
  • Menjaga kebersihan anggota badan badan terutamanya gigi . 
  • Mengamalkan cara makan dan jadual makan yang tetap waktunya .
  • Jenis makanan dan suhunya hendaklah dalam keadaan yang sederhana . 

PUNCA LUPA : 
  • Makan makanan atau minuman yang dimasuki serangga
  • Makan kepala ikan 
  • Makan organ dalaman binatang 
  • Makan epal masam
  • Membaca tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan .


Jumaat, 28 Mac 2014

Kasih Ibu dan Ayah

Seorang anak kebiasaan akan lebih menghargai ibu bapanya setelah dia memiliki cahaya mata yang pertama. Betapa rumitnya membesarkan bayi yang baru dilahirkan hinggalah usia meningkat dari tahun ke tahun dipenuhi dengan pelbagai cabaran.
Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan.
Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [Surah Luqman ayat: 14]
Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.
Tahap sensitifnya akan cepat terasa sekiranya anak yang dijaga bersikap kurang menyenangkan, atau melakukan perbuatan yang mengguriskan hati. Kita sebagai anak harus sedar akan kewajipan mentaati dan membahagiakan hati kedua ibu bapa. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” [Surah al-Isra' ayat: 23]
Maksud “berbuat baik kepada kedua ibu bapa” sebagai mana yang disebutkan dalam ayat suci al-Quran selain dari menjaga tingkah laku, perkataan dan perbuatan dari sebarang kekasaran yang boleh melukai hati keduanya, kita dituntut untuk menjaga ibu bapa setelah mereka berada di usia yang tua.
Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam, anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.
Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]
Pengorbanan Ibu Bapa
Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.
Ada sedikit perbezaan berbanding para ibu hari ini yang banyak bergantung kepada pembantu rumah serta penggunaan alat teknologi yang membantu meringankan beban atau tugas seorang ibu.
Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :
“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”
Jawab Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”
Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.
Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua-duanya telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]
Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti.

x

Ahad, 23 Mac 2014

Kekuasaan ALLAH SWT ^_^


Haaaa , memandangkan hari ni aku terlebih rajin untuk menaip , aku nak share satu cerita tentang kehebatan ayat Kursi yang dapat membakar Jin yang ganas .

Peristiwa ni berlaku di negeri Basrah . Salah seorang pedagang kurma bernama Ka'ab sampai kat negeri tu lepastu , dia cari tempat penginapan , tapi semuanya dah penuh . Tiba2 , Ka'ab terpandanag rumah kosong . Dinding rumah tu ada banyak sarang labah2 . Rumah tu nampak macam dah lama tak didiami orang . jadi , Ka'ab pun jumpa dgn tuan rumah tu dan berniat untuk sewa rumah tu selama seminggu . Kata tuan rumah , rumah tu agak pelik sikit dan selalu jadi perbualan masyarakat ramai . Menurut kata-kata orang , rumah tu didiami JIN AFRIT , tapi disebabkan tiada pilihan lain , Ka'ab pun berkata "Meskipun demikian , kerana tempat lain tidak ada , saya bersedia tinggal di tempat itu , asalkan empunya mengizinkan"
Tuan rumah pun balas "Baiklahh , saya tidak keberatan dan tidak memungut apa-apa sewa"

Ka'ab pun tinggal kat rumah tuu pada petang hari dan tak takut sangat . Tapi , menjelang tengah malam , Ka'ab ternampak bayangan hitam dan dua biji mata bernyala-nyala seperti api mendekati Ka'ab . Ka'ab pun bangun dan membaca   ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM    Tapi , bayangan hitam tu ikut bacaan Ka'ab hingga ayat yg terakhir . Tapi , bila sampai ayat terakhir yang berbunyi,  WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM     bayangan hitam tu diam . Bayangan hitam tu tak ikut bacaan Ka'ab lagi . Ka'ab jadi hairan , jadi Ka'ab ulang berkali-kali bacaan   WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM    tapi , Ka'ah dah tak dengar suara bayangan hitam tu lagi dan , lenyaplah bayangan hitam tu dari pandangan Ka'ab . Tiba-tiba Ka'ab terbau sesuatu yg terbakar . Keesokan pagi , Ka'ab terlihat di satu sudut rumah itu ada bekas-bekas seperti ada sesuatu yang terbakar , tempat tu pun ada abu sekali .

Di saat itu , Ka'ab terdengar suatu suara : "Hai Ka'ab , engkau telah membakar Jin Ifrit yg ganas"
Ka'ab hairan dan berkata "Dengan apa aku membakarnya?"
Jawab suara itu , "Dengan firman Allah , iaitu    WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM ''