Pd zaman Rasulullah saw, seorang sahabiyah r.aha telah mendapat berita bahawa anaknya telah meninggal dunia. Lantas sahabiyah r.aha itu terus pergi kepada anaknya, dan mengerjakan 2 rakaat solat sunat di sisi jenazah anaknya, kemudian beliau berdoa kepada Allah swt, supaya menghidupkan semula anaknya.
Mulutnya berdoa kepada Allah, dan hatinya meYAKINi 100% bahawa Allah swt Maha Menghidupkan, Maha Mematikan, dan HANYA Allah sahaja dpt menyelesaikan masalahnya.
Dengan izin Allah, selesai sahabiyah r.aha tadi bersolat, anak yg telah mati tadi telah hidup kembali. Dan dikatakan anak itu masih hidup sehingga ke zaman khulafa' ar-rasyidin.
~~
Moralnya:
Marilah sama-sama kita usahakan agar sewaktu kita berdoa, bukan sahaja mulut yang meminta kpd Allah, tetapi hati juga turut meyakini 100% HANYA kpd Allah.
Jika iman kita sempurna sewaktu berdoa, saksikanlah bahawa pertolongan Allah akan datang mencurah-curah kepada kita & Allah swt yang Maha Kuasa akan selesaikan masalah kita.