Peristiwa ni berlaku di negeri Basrah . Salah seorang pedagang kurma bernama Ka'ab sampai kat negeri tu lepastu , dia cari tempat penginapan , tapi semuanya dah penuh . Tiba2 , Ka'ab terpandanag rumah kosong . Dinding rumah tu ada banyak sarang labah2 . Rumah tu nampak macam dah lama tak didiami orang . jadi , Ka'ab pun jumpa dgn tuan rumah tu dan berniat untuk sewa rumah tu selama seminggu . Kata tuan rumah , rumah tu agak pelik sikit dan selalu jadi perbualan masyarakat ramai . Menurut kata-kata orang , rumah tu didiami JIN AFRIT , tapi disebabkan tiada pilihan lain , Ka'ab pun berkata "Meskipun demikian , kerana tempat lain tidak ada , saya bersedia tinggal di tempat itu , asalkan empunya mengizinkan"
Tuan rumah pun balas "Baiklahh , saya tidak keberatan dan tidak memungut apa-apa sewa"
Ka'ab pun tinggal kat rumah tuu pada petang hari dan tak takut sangat . Tapi , menjelang tengah malam , Ka'ab ternampak bayangan hitam dan dua biji mata bernyala-nyala seperti api mendekati Ka'ab . Ka'ab pun bangun dan membaca ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM Tapi , bayangan hitam tu ikut bacaan Ka'ab hingga ayat yg terakhir . Tapi , bila sampai ayat terakhir yang berbunyi, WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM bayangan hitam tu diam . Bayangan hitam tu tak ikut bacaan Ka'ab lagi . Ka'ab jadi hairan , jadi Ka'ab ulang berkali-kali bacaan WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM tapi , Ka'ah dah tak dengar suara bayangan hitam tu lagi dan , lenyaplah bayangan hitam tu dari pandangan Ka'ab . Tiba-tiba Ka'ab terbau sesuatu yg terbakar . Keesokan pagi , Ka'ab terlihat di satu sudut rumah itu ada bekas-bekas seperti ada sesuatu yang terbakar , tempat tu pun ada abu sekali .
Di saat itu , Ka'ab terdengar suatu suara : "Hai Ka'ab , engkau telah membakar Jin Ifrit yg ganas"
Ka'ab hairan dan berkata "Dengan apa aku membakarnya?"
Jawab suara itu , "Dengan firman Allah , iaitu WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM ''
